<$BlogRSDURL$>

Wednesday, October 03, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

PERJUMPAAN RAYA SRIWANA (HI TEA)


Date : 28th Oct 2007, Sun
Time : 1pm - 5pm
Venue : FURAMA RIVERFRONT HOTEL (former Novotel Apollo);
405 Havelock Road
Tix : $35.00 - ADULT / $29.00 - CHILDREN (7yrs & below)


For bookings, pls call any of us :
Fauzi - 90082353
Oden - 90037570
Faana - 97281437
Faezah - 91157987


See you there!
[Article extracted from Berita Harian]
Ekstra! : 7 November 2007
DENGAR-DENGAR
GAMAT MAJLIS RAYA SRIWANA
Oleh Zawiyah Salleh

GAMAT dan meriah - begitulah suasana dalam majlis perjumpaan Hari Raya keluarga Sriwana yang berlangsung di Hotel Furama Riverfront baru-baru ini.

Hadirin terhibur dengan pelbagai acara yang diadakan seperti peraduan menghias lelaki menjadi seperti wanita.

Keadaan menjadi kecoh apabila Cik Abang dihias oleh pasangannya dengan baju wanita, lengkap dengan perhiasan dan barang-barang kemas, tudung atau dandan rambut seperti wanita, gincu, kasut dan beg tangan.

Untuk melengkapkan keperluan itu, setiap peserta dikehendaki bergegas dari meja ke meja untuk mendapatkan perhiasan tersebut.

Suasana menjadi gamat apabila dalam keadaan kelam-kabut untuk mendapatkan barang-barang itu, ada peserta yang terjatuh, terpeluk atau tertarik kalung leher hadirin.
Satu lagi peraduan yang menggamatkan suasana ialah acara tarian di atas pentas mengikut rentak muzik yang diperdengarkan untuk pasangan suami isteri warga emas dengan mata mereka ditutup.

Pelbagai gaya tarian mereka tunjukkan. Ada yang sampai tersasar dan terkeluar dari pentas yang terbatas itu.

Keseluruhannya, majlis Hari Raya untuk para anggota dan anggota keluarga Sriwana itu sungguh meriah dan penuh bermakna kerana ada di antara mereka yang sudah lama tidak berjumpa.

Dalam ucapan alu-aluannya, penasihat Sriwana, Encik Sulaiman Jeem, menyeru para anggota persatuan itu supaya sentiasa mengeratkan perpaduan dan persahabatan antara mereka dan mengelakkan perpecahan.

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?