<$BlogRSDURL$>

Wednesday, December 17, 2008

Cyberita Harian - 26hb November 2008

GEMBIRA PELAPIS MUDA HIDUPKAN SRIWANA

SAYA, sebagai mantan presiden, dan beberapa mantan anggota Sriwana, mengucapkan tahniah kepada Cik Fauziah Hanom Yusof kerana dipilih sebagai presiden Sriwana bagi tahun kelima berturut-turut dalam mesyuarat agungnya baru-baru ini.

Saya juga ucapkan syabas kepada barisan pelapis muda baru yang sanggup memikul tanggungjawab memimpin persatuan yang telah berusia lebih 50 tahun itu.
Sedang ramai muda-mudi sekarang kian dipengaruhi dan giat mengembangkan kesenian asing, wujud sebilangan muda-mudi Melayu yang gigih memajukan seni budaya bangsa secara sukarela tanpa mengharapkan sebarang keuntungan.

Kami juga mengalu-alukan laporan kegiatan perkumpulan itu yang 'lebih bermakna' daripada tahun-tahun sebelumnya.

Mereka berpeluang menyertai Pesta Kesenian Asia ke-10 di China pada September lalu yang turut disertai para aktivis seni Mongolia, Malaysia, Turkey, Myanmar dan lain-lain.
Meeka juga berjaya menganjurkan pertunjukan muzikal 100% Cilik, persembahan dikir barat secara besar-besaran daripada kalangan kanak-kanak bengkelnya, Pesta Raya 2008 di Esplanade di samping menjayakan Pesta Tari Serumpun II anjuran Majlis Pusat pada Mei lalu dan beberapa kegiatan lain.

Mudah-mudahan dengan kepimpinan jawatankuasa baru ini, pelbagai lagi kegiatan dan kemajuan akan dapat dicapai kumpulan kesenian yang mapan ini.

Sulaiman Jeem

Comments: Post a Comment

This page is powered by Blogger. Isn't yours?